Tuesday 12 January 2016

Pengenalan berkenaan Skim Takaful Diri dan Keluarga

Secara umumnya, skim Takaful Diri dan Keluarga yang ditawarkan oleh mana-mana penyedia perkhidmatan takaful termasuklah Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) ada dua jenis skim yang utama
  1.  Skim takaful hayat dan kehilangan anggota badan kekal
  2. Skim kad perubatan
Siapa yang memerlukan Skim Takaful Hayat?

Skim takaful hayat ialah satu skim yang memberikan sumbangan kepada keluarga anda apabila anda meninggal dunia. Skim ini sangat diperlukan anda sekiranya anda mempunyai sejumlah hutang yang banyak, kerana keluarga anda bolehlah menggunakan wang sumbangan ini untuk menjelaskan hutang anda. Bagi Muslim, menjelaskan hutang merupakan sesuatu yang sangat dititikberatkan sehinggakan diajarkan kepada kita bahawa orang yang berhutang boleh terhalang haknya untuk memasuki syurga Allah yang penuh nikmat hanya kerana tidak menjelaskan hutang. 

Selain itu, skim takaful hayat juga boleh membantu keluarga anda dalam bentuk bantuan kewangan untuk keluarga anda meneruskan kehidupan anda selepas ketiadaan anda. Perkara ini lebih kritikal bagi keluarga yang si suami/bapa sahaja yang bekerja mencari nafkah kepada keluarga. Bagi pasangan yang kedua-dua suami isteri pun bekerja  mencari rezeki untuk anak-anak pula, manfaat dari skim takaful hayat ini boleh meringankan beban pasangan anda apabila anda sudah tiada nanti.

Oleh yang demikian, takaful hayat ini boleh mengurangkan kebimbangan anda jika berlaku apa-apa kepada anda. Dengan kata lain, anda pergi meninggalkan keluarga anda dengan penuh persiapan dan juga dengan hati yang tenang.

Di samping itu, takaful hayat ini lebih diperlukan oleh orang muda berbanding orang tua. Hal ini kerana umumnya orang muda mempunyai kurang simpanan dan aset bernilai untuk ditinggalkan kepada waris berbanding orang tua yang sudah lama bekerja.

Ringkasnya, golongan yang memerlukan takaful hayat adalah:
  •        Orang yang mempunyai banyak hutang
  •        Keluarga yang hanya si suami bekerja mencari rezeki untuk keluarga
  •        Pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak kecil tetapi hanya     mempunyai simpanan dan aset yang sedikit
  •        Ibu tunggal


Berapakah yang diperlukan keluarga anda di saat kematian anda?

Soalan ini sebenarnya agak subjektif dan jumlahnya berlainan kepada keluarga yang berlainan. Namun begitu, ianya sangat bergantung kepada bagaimana cara hidup dan perbelanjaan bulanan keluarga anda. Lalu, ada satu formula yang boleh diguna pakai untuk menentukan berapa banyak jumlah yang diperlukan iaitu dengan mendarabkan purata perbelanjaan bulanan keluarga dengan bilangan bulan yang diperlukan.


Sebagai contoh, perbelanjaan bulanan anda ialah RM1,000 dan anda mahukan keluarga anda untuk terus hidup seperti sedia kala untuk 5 tahun lagi selepas kematian anda, maka jumlah yang diperlukan ialah sebanyak RM1000 x 60 bulan iaitu RM60,000

Adakah orang bujang memerlukan takaful hayat?

Logiknya, seorang yang bujang tidak memerlukan takaful hayat melainkan ada orang lain yang bergantung harap kepada anda untuk meneruskan kehidupan mereka. Sebagai contoh orang tua dan golongan yang lemah yang tidak mampu bekerja. Walaupun begitu, ada juga orang bujang yang tidak mempunyai tanggungan tetapi mengambil takaful hayat supaya jika berlaku kematian kepada mereka, sekurang-kurangnya manfaat kematian itu bolehlah diberikan kepada orang yang tersayang terutama ibu bapa sendiri yang sudah bersusah payah membesarkannya sekali gus sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih kepada mereka. 

Berbanding dengan takaful hayat, orang bujang sebaliknya lebih memerlukan skim takaful kad perubatan dan kehilangan anggota badan. Walau bagaimanapun, oleh kerana hampir kesemua skim takaful hayat yang berada di pasaran datang bersama dengan takaful kehilangan anggota badan sebagai satu pakej, maka kepentingan untuk mengambil skim takaful hayat adalah sama pentingnya dengan skim takaful kad perubatan.

Setiap orang yang bekerja perlukan skim takaful kehilangan anggota badan kekal sebagai perlindungan kepada sumber pendapatan

Berbeza dengan takaful hayat yang mana manfaatnya adalah untuk menolong ahli keluarga terdekat dan waris si mati, manfaat takaful kehilangan anggota badan kekal pula adalah untuk kepentingan peserta itu sendiri. Oleh itu juga, semua orang yang mampu bekerja memerlukan perlindungan dari takaful ini. Hal ini kerana dibimbangi apabila berlaku kemalangan yang menimpa kita, ia menyebabkan kita kehilangan upaya untuk bekerja sekaligus terpaksa bergantung harap kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan kita. Sekurang-kurangnya dengan adanya skim ini ianya diharapkan sedikit sebanyak mampu mengurangkan kebergantungan kita kepada orang lain.

Skim kad perubatan

Seperti skim kehilangan anggota badan kekal, manfaat ini adalah untuk manfaat peserta itu sendiri bukanlah kepada keluarga peserta. Ianya membantu anda untuk membayar kos perubatan bila mana anda disahkan menghidap sesuatu penyakit dan dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan mengubati penyakit yang dihidapi. 

Memperkenalkan MyGenLife Takaful Malaysia

MyGenlife adalah skim takaful dari jenis skim takaful hayat dan kehilangan anggota badan kekal. Sekiranya anda menyertai skim ini, manfaat takaful akan dibayar apabila polisi anda sudah tamat/matang, iaitu berlaku salah satu daripada berikut:
  •          Manfaat TPD - Anda kehilangan anggota badan kekal sebelum mencapai umur 65 tahun di mana manfaat TPD akan dibayar kepada anda
  •          Manfaat Kematian - Kematian menimpa anda sebelum mencapai umur 99 tahun di mana manfaat kematian (iaitu sum covered dan nilai pelaburan) akan dibayar kepada keluarga anda
  •          Manfaat polisi matang - Anda mencapai umur 99 tahun di mana manfaat polisi matang (nilai pelaburan) akan di bayar kepada anda

*Manfaat kematian kanak-kanak bergantung kepada terma Child Lien, iaitu kematian atau TPD berlaku sebelum umur 5 tahun

MyGenlife juga datang dengan beberapa manfaat tambahan (rider) yang boleh diambil bergantung kepada keperluan anda. Rider tersebut ialah:

Takaful myGen Medic

Rider ini akan membayar kos perubatan apabila anda dimasukkan ke dalam wad atau memerlukan pembedahan, bergantung kepada had tahunan dan had sepanjang hidup.

Waiting period: Bagaimanapun, manfaat tidak akan dibayar sekiranya
  •         penyakit itu berlaku dalam tempoh sebulan selepas mula
  •         penyakit tertentu berlaku dalam tempoh 4 bulan selepas mula
  •         penyakit disahkan telah dihidapi sebelum mula
  •         menerima perubatan di luar Malaysia ketika berada di luar Malaysia lebih daripada 3 bulan

Takaful myGen Critical Illness

Rider ini akan membayar sum covered bagi rider ini jika anda disahkan menghidapi salah satu dari 36 penyakit kritikal selepas daripada waiting period, dan sebelum usia 80 tahun.

Bagi pelan accelerated, sum covered yang dibayar bagi rider ini akan mengurangkan sum covered pelan asas (myGenlife)

Bagi pelan additional, sum covered yang dibayar bagi rider ini tidak akan mengurangkan sum covered pelan asas (myGenlife). Manfaat juga akan dibayar hanya selepas memenuhi syarat survival period, iaitu masih lagi hidup 30 hari selepas disahkan menghidapi penyakit kritikal.


*juga tertakluk kepada terma Child Lien

Takaful myGen Hospital Cash

Rider ini akan membayar tunai elaun harian kepada anda apabila  dimasukkan ke wad atas apa jua sebab penyakit dengan syarat:

  •         dimasukkan ke wad sekurangnya selama 12 jam
  •         dimasukkan ke wad selepas 30 hari mula (waiting period)
  •         had seumur hidup selama 550 hari

Takaful myGen Personal Accident

Rider ini akan membayar manfaat bila berlaku kecederaan atau kematian disebabkan oleh kemalangan iaitu salah satu daripada yang berikut:
  •  100% sum covered apabila berlaku kematian
  •  200% sum covered atau double indemnity apabila berlaku kematian ketika menaiki kenderaan awam (bas, kapal terbang. Tren, etc), kemalangan lif, kebakaran bangunan awam
  •  Sehingga 100% sum covered apabila TPD 

Rider Waiver of Contribution (WOC)

Rider ini akan mengecualikan sumbangan tabarru’ anda pada masa hadapan apabila berlaku perkara seperti berikut

  •         myGen Waiver – berlaku penyakit kritikal (waive bayaran untuk anda atau third party)
  •         myGen  Payor – berlaku TPD atau kematian (waive bayaran untuk third party sahaja)
  •         myGen Payor Plus – berlaku TPD atau kematian atau penyakit kritikal (waive bayaran untuk third party sahaja)

Untuk perlindungan takaful berterusan kepada orang kesayangan anda selepas kematian anda

Untuk menjamin bayaran takaful ahli keluarga anda selepas ketiadaan anda sehingga anda sepatutnya berusia 70 tahun

Untuk menjamin bayaran takaful orang yang lebih tua (contoh ibu bapa anda) sehingga mereka berusia 70 tahun walaupun anda sudah tiada